Friday, October 23, 2015

HARI JUBAH & JALAN-JALAN MESIR

Bismillah...

Assalamualaikum =)

Hai, saya kembali lagi!!! So, cerita pasal update terbaru?

Alhamdulillah, secara rasminya dah tamat belajar. Bachelor of Dental Medicine & Surgery atau dalam bahasa mudahnya Ijazah Doktor Pergigian. Yup, tamat sudah 5 tahun di Universiti Tanta, Mesir. Macam tak percaya kan?. Rasa macam baru je semalam fly nak mula belajar ke Mesir. Tup2, dah habis dah. 

So, sekarang sudah menjadi penduduk tetap di negara sendiri. Dah tak ulang alik dah ke Mesir. InsyaALLAH, satu hari nanti mungkin akan ke sana semula jika diizinkan ALLAH.

Em, balik Malaysia harituh pada 7 OGOS 2015. Kira dalam 2 bulan lebih yang lalu. Dah lama dah rupanya dan aku masih tak buat apa2 lagi. I mean belum mula berkhidmat lagi.

Nak berkhidmat macam mana lah kan? Borang SPA & MDC pon tak fully register lagi. Ada masalah sket sebenarnya. Transkrip result masih belum disiapkan pihak universiti lagi. So, sume benda masih tertangguh. X pelah, mungkin ada hikmahnya. Allah sedang menguji kesabaran dan waktu lapang kami. Kene rancang betol2 ape nak buat sepanjang menunggu mula nak berkhidmat sebagai FYDO nih  (first year dental officer). 

Pernah dengar kan ''Pemuda + Masa Lapang = Permulaan Maksiat''??? Nauzubillahiminzalik. InsyaALLAH, nanti kita share plak eh ape jer kita buat sepanjang dah mula penjadi penganggur nih. Yup, officially sekarang memang tanam anggur jer kejenya. Haha

Cerita pasal graduasi. Aku graduate pada 28 JULAI 2015. Seronok sangat, sebab Baba, Ibu and my adik no.2, Dak Yah dapat join sama my convocation. Tak rancang pon sebenarnya. Mereka dah beli tiket ke Mesir awal lagi dalam bulan April. Sedangkan waktu tuh, takde lagi pon tarikh konvo bila. Family datang pon just nak jalan2 Mesir je kebetulan aku dah ada kat situ kan? Tapi takdir ALLAH, siapa sangka tarikh yang mereka pilih kena plak rupanya dengan tarikh konvo aku. So, dapatlah mereka join walaupon hakikatnya flight balik Malaysia malam tuh jugak hari yang sama. Alhamdulillah, everything going smoothly.

Oklah, banyak cerita plak. Kita tengok gambar plak eh.


saya di Hari Jubah!


bawak baba ibu tengok2 klinik di fakulti pergigian


merasa hari raya anak perantau di MESRA'15 PERUBATAN


Dataran Tahrir


Naik bot keliling Sungai Nil


Muzium Anwar Sadat di Alexandria


berlatar-belakangkan Sungai Nil



Asfour Crystal


Piramid di Giza



Roman Theatre di Alexandria


Istana Raja Farouq di Alexandria



Ladang kurma di Fayoum



Minum petang di Mercato



Library Alexandria



Pantai Ageeba di Matrouh



bersuka-ria di padang pasir


   
Ladang bunga matahari di Fayoum


   
Istana Qarun di Fayoum

Habis daaa. Best tengok gambar? Alhamdulillah.
 
Actually, banyak lagi tempat yang dilawat tapi tak larat nak upload semua. Especially masjid-masjid yang ada kat Mesir nih. Kami pegi tengah kemuncak waktu panas. Memang panas giler. Itu baru panas dunia kan? Panas kat padang Mahsyar nanti macam mana lah ye dengan matahari hanya sejengkal di atas kepala? Itu tak kira lagi panas api neraka yang berpuluh kali ganda panasnya dari panas dunia. Allahuakbar!

Seriusly, dalam banyak2 tempat pegi jalan, masuk masjid jugak yang rasa nyaman. Rasa sejuk jer. Kebanyakan masjid2 yang kami pegi memang kami akan singgah terus solat disitu. Kebanyakan masjid2 yang kami ziarah terletak di Cairo. Kat Cairo je amik masa 3 hari tok jalan2. Itupon tak semua tempat pon pegi.

Cairo, Fayoum, Matrouh, Alexandria dan Tanta. Ini nama2 tempat yang kiteorg lawat sepanjang family aku datang Mesir. Alhamdulillah. 
Mesir nih sangat besar. Lagi besar dari negara Malaysia. Dan kebanyakan tempat2 menarik untuk dilawat terletak jauh antara satu dengan yang lain. So, 2 minggu kat Mesir memang rasa tak cukup nak lawat semua tempat. Ikutkan hati banyak lagi tempat nak bawak famili tp masa sangat mencemburui dengan persiapan untuk hari konvo lagi.

Moga2 ada rezeki kami lagi untuk datang sini suatu hari nanti. InsyaALLAH.

Ok, till then ;)

Tuesday, October 20, 2015

BAHASA DIARI

Bismillah...

Setelah sekian lama tiba-tiba datang mood nak aktifkan kembali blog nih. Bole dikatakan hampir 3 tahun blog nih bersawang. Last update tahun 2012.

Yup, blog nih mula2 dibuat pada tahun 2010. Waktu tuh aku baru mula2 menapak di bumi Tanta, Mesir. Awalnya, sangat aktif menulis blog dan berkongsi segala pengalaman sehinggalah tahun 2012. Sejak itu, aku berhenti sehinggalah semalam tergerak hati untuk bukak blog nih semula. Dan mulalah aku membaca segala post2 di blog nih yang dulu.

Tersenyum sorang2, malu sorang2, ada part yang sayu sorang2.

'Macam nih ke aku tulis blog dulu?'
'Rasa macam x percaya aku tulis sume benda nih'

'Ooo, nih ke pengalaman aku dulu'

Haaa, macam2 perasaan dan persoalan datang bila baca post2 aku sendiri.


Tapi, one part yang aku pasti, segala yang aku tulis di blog nih memang apa yang terjadi berdasarkan pengalaman sendiri ataupon dengan kata lain 'true story' dan jujur dari hati. Takde reka2 cerita. Sebab tu bila baca balik post2 sendiri rasa macam flashback. Sungguh cepat masa berlalu kan? Yup, aku tulis blog nih bukan ape pon. Sekadar nak cerita pengalaman sendri pada diri sendiri or pd orang lain(klo ade yg bacalah). Tp yang pasti nak cerita pengalaman sendiri untuk diri sendiri. That for sure. Sebab kadang2 pengalaman yang kita lalui nih macam2 and seronok untuk disimpan sebagai kenangan. So, klo tak tulis memang susah nak ingat sume secara details, ye dak? So, pendek kata my blog is my diary.

Dulu, sebelum terjebak dengan dunia blog nih, aku orang yang sangat suka tulis diari and I have my own letters for my diary. Yup, aku cipta sendiri huruf2 tuh tok dijadikan sebagai bahasa diari aku. So, dengan erti kata lain, biarlah diari nih diletak di mana2pon hatta tempat yang terbuka pon, even orang baca pon, yang pasti diorang tak kan faham. Sebab tulisan ini aku sendiri sahaja yang faham. Pernah jugak ajar kawan2 aku bahasa diari aku nih. Terkial-kial diorang nak faham and nak cuba tulis. Memang susah, sebab tulisannya nak kata macam huruf korea pon ada, macam jepun pon ada, macam cina pon ada. Dulu waktu mula2 cipta bahasa diari aku nih, tak silap waktu sekolah rendah lagi. Aku sendri pon terkial nak tulis and kena sentiasa rujuk semula skema bila nak baca. Tapi skarang dah terbiasa, so i dont need the scheme anymore. I can write and read the letters secara lancarnya. 


salah satu halaman dalam diari aku with my own diary languange

So, ade sape2 yang bole baca except the word 'Alhamdulillah'? Hehe

Yup, for certain words macam 'Alhamdulillah, Allah, Bismillah', I will keep the words as it is.

Until now, I'm still using my own diary languange. Pada certain2 waktu dan tempat jika diperlukan. 

So, cerita pasal update terbaru?

Em, 3 tahun tak menulis blog konfem banyak cerita tapi tak laratlah nak cerita sume satu2 kan. Memang banyak. InsyaALLAH, akan cerita apa yang terbaru saja. Next entry, ok? 

Till then.

;)

Monday, October 19, 2015

I'm Back...

Bismillah....

Saya kembali lagi setelah sekian lama....
Ingin aktifkan semula blog yang dah lama bersawang nih...
Tengah nak update and tukar wajah baru...
Doakan sy istiqamah...Fighting!!!
Wait for my next post, ok? ;)